Clare Kalah Kepada Hadi Di Pusingan Pertama, Kata Raja Sara Petra

AIDCNews -08/08/17 – Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah kalah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pusingan pertama di Mahkamah London, kata Raja Sara Petra.

Anak pengendali Malaysia-Today membuat rumusan itu berdasarkan pendengaran prosiding pengurusan kes di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu berkaitan dengan kes saman Hadi terhadap Clare yang menuduh beliau menerima rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato ‘Seri Najib Tun Razak.

Raja Sara berkata terdapat tiga petunjuk yang menunjukkan Clare telah kalah pada pusingan pertama dalam kes tersebut.

Pertama; Clare gagal menuntut £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sebagai deposit jaminan keselamatan Hadi untuk kes berkenaan, sebaliknya mahkamah bersetuju dengan hujah peguam dari firma Carter-Ruck dan barrister Jacob Dean yang mewakili Hadi yang berkata angka yang munasabah untuk wang deposit keselamatan tersebut tidak melebihi RM80,000 sahaja.

Kedua; Mahkamah menolak hujah Clare yang mendakwa badan Kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri telah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Hadi. Mahkamah berkata tuduhan itu serius, namun tidak disokong bukti walaupun Clare mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian.

Ketiga; Mahkamah juga menolak bantahan Clare yang menetapkan 23 Ogos sebagai tarikh perbicaraan kes. Mahkamah berkata keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh ditangguh lagi. Pada 23 Ogos ini, Clare mesti mengemukakan bukti di atas dakwaannya yang menuduh Hadi menerima dana RM90 juta daripada Najib.

“Clare juga diarahkan membayar RM84,000, iaitu kira-kira £15,000 serta merta dan bakinya akan ditaksir semula oleh mahkamah selepas tamat perbicaraan,”kata Raja Sara.

Perkembangan Positif Kes Saman Sarawak Report Di London – Dr Ahmad Samsuri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s