Rasuah : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Dibebas Dengan Ikat Jamin

PUTRAJAYA: Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditahan berhubung siasatan rasuah membabitkan Felda Investment Corporation (FIC) dibebaskan dengan ikat jamin, pagi ini.

Mohd Zahid Mat Arip yang juga bekas pegawai khas kepada bekas Pengerusi Felda, keluar dari Kompleks Mahkamah Rendah Putrajaya kira-kira 9.45 pagi, ditemani isterinya, ahli keluarga dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya telah dibebaskan dengan ikat jamin. Terima kasih kepada pegawai SPRM atas dedikasi mereka,” katanya sebelum masuk ke sebuah kereta SPRM.

SPRM sebelum ini menahan beberapa individu sepanjang siasatan dakwaan pembelian hotel di London dan Sarawak, melebihi harga pasaran.

Turut hadir memberi sokongan kepada Zahid adalah ahli MT PPBM, Abu Bakar Yahya.

“Saya fikir dia kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan saya diberitahu jaminan itu adalah RM5,000.

“Saya tidak pasti mengenai pembayaran lain,” katanya – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s