Lucut Jawatan Lim Kit Siang Jika Terbukti Palsukan Kelahiran

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melucutkan kelayakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti tempat kelahiran kepada pihak polis.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, rakyat memerlukan seorang wakil rakyat yang dilahirkan di Malaysia dan bukan warga asing yang diberikan kad pengenalan biru atau penduduk tetap.

“Kita akan minta SPR menggantung Kit Siang sebagai ahli parlimen dan seterusnya mengharamkan beliau daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita mahu seorang yang lahir di Malaysia, biar patriotik dan biar betul anak Malaysia, biar ikhlas kepada negara. Kita tak mahu anasir-anasir asing yang memporak-porandakan negara kita,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu PMSP membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Petaling Jaya, di sini untuk menyerahkan bukti tempat kelahiran Kit Siang melalui surat beranaknya yang ditemui di China.

Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Shafik Abdullah berkata, dia melihat sendiri nama pemimpin veteran DAP itu telah didaftarkan dalam buku ‘Daftar Rumahtangga China’.

Ramesh juga berkata, minggu depan beliau akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendesak SPR menggantung keanggotaan Kit Siang dalam Dewan Rakyat sementara siasatan dilakukan.

“Minggu depan juga kita akan pergi ke SPR berdasarkan laporan polis itu,” katanya.

Sementara itu, Shafik berkata, dia tidak mahu warga dan entiti asing menyalahgunakan jawatan penting negara di 222 kerusi Parlimen untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia yang dipilih secara sah melalui pilihan raya.

“Kita tak nak daripada 222 ahli parlimen itu ada pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri dan bersubahat dengan kuasa asing untuk mengguling dan menghuru-harakan negara kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

Advertisements

One thought on “Lucut Jawatan Lim Kit Siang Jika Terbukti Palsukan Kelahiran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s