LHDN Serbu Pejabat Anak Tun Mahathir

My Nation News – Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

Opcom adalah sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.
Pada tahun penubuhannya, Dr Mahathir masih lagi Perdana Menteri.

Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.

“Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Ahad lalu, sekumpulan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pemilikan hampir 500 syarikat dimiliki keluarga Dr Mahathir.

Serbuan itu berlaku ketika pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH).

Selain pemimpin Umno, kekayaan keluarga Dr Mahathir sudah dipersoalkan oleh hampir kesemua pemimpin pembangkang berulangkali sebelum ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengadu kenalan rapatnya kini diganggu pihak berkuasa termasuk menerusi LHDN.

Salah seorang kenalan itu ialah ahli perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew pada Mei lalu berkata beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan sivil, memaksa beliau melepaskan asetnya untuk melangsaikan hutang cukai.

Dr Mahathir sendiri kini berdepan siasatan di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia di bawah pentadbirannya hampir 30 tahun lalu.

Advertisements

2 thoughts on “LHDN Serbu Pejabat Anak Tun Mahathir

  1. Nampaknya janji PKR dan Pakatan Rakyat untuk siasata dan dakwa Mahahtir anak beranak dulu nya kini sudah di laksanakan oleh Kerajaan PM Najib.Yg pelik nya mereka pula yg jadi pembela mereka yg dulunya mahu mereka siasat dan dakwa.Apakah sandiwara nya ini.Alangkah hipokrit dan tidak berperinsipnya PKR dan para pemimpinnya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s