PKR Turunkan Banner PAS Di Permatang Pauh

AIDCNews -10/08/17 –Sebagai membalas dendam dengan tindakan PAS melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh, kini PKR melancarkan operasi ‘membersihkan’ banner-banner parti Islam itu dan diganti dengan banner parti-parti Pakatan Harapan.

“Mereka menjual kita membeli,”kata Aktivis PKR Pulau Pinang, Zulkifli Mohamed dalam Facebook.

Pada 17 Julai lalu, PAS Permatang Pauh melancarkan jentera pilihan raya di Kubang Semang sebagai isyarat parti Islam itu berhasrat untuk meletakkan calon pada PRU 14.

Membalas tindakan PAS itu, Zulkifli yang juga pembantu khas kepada Exco PKR Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim berkata di tempat yang sama juga PKR akan mengadakan ceramah Pakatan Harapan pada 12 Ogos ini.

“Lokasi depan Masjid Kubang Semang. Tempat yang sama Pas lancar ‘Jentera Pilihanraya Pas Tawan Permatang Pau’,” katanya.

Sebagai persediaan ceramah Pakatan Harapan itu, Zulkifli memaparkan gambar-gambar banner PAS diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera, PKR, PAN dan PPBM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s