Scorpene : Rundingan Pembelian Kapal Selam Sejak Zaman Tun Mahathir Lagi

AIDCNews -10/08/17 –Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed telah menyentuh pembelian kapal selam Scorpene.

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.

“Seramai 145 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang dilatih di Ecole Formation de Sous Marine di Brest, sejak 2005.

“Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti,” kandungan surat itu dipetik.

Ini menunjukkan isu pembelian kapal selam Scorpene bermula sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff pula mendedahkan pembohongan Mahathir itu.

“Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Armada PPBM Syed Saddiq, mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.

“Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi” katanya.

Malah lebih mengejutkan bila bekas pegawai penyiasat ketenteraan itu mendedahkan anak Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam urusan kapal selam tersebut.

“Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru disenaraikan BERNAS, bertindak bagi pihak Daim Zainuddin)” kata Abdul Rahmat.

Advertisements

One thought on “Scorpene : Rundingan Pembelian Kapal Selam Sejak Zaman Tun Mahathir Lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s