Phee Boon Poh Orang Kepercayaan Guan Eng

AIDCNews -11/08/17 –Anggota exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merupakan orang kepercayaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Phee yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Pada Mac tahun lalu, Phee muncul mewakili Phang Li Koon mempertahankan Guan Eng dalam urusan pembelian sebuah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Ketika ditanya mengapa dia mewakili Phang, Phee menjawab dia merupakan saudara jauh Phang dan penasihat kepada keluarga Phang (Phang Clan)

Kes rasuah Guan Eng dan Phang berkaitan dengan pembelian banglo itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Ketika Guan Eng berimpian mahu mengadakan ‘pasukan polisnya’ sendiri, ia kemudiannya diterjemahkan sebagai Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 2014 di mana Phee dilantik sebagai pengerusi.

Pada 31 Ogos 2014, pihak polis telah menahan Phee Boon Pohdan mengambil keterangan Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung penubuhan PPS itu.

Seramai 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dilaporkan berkata semua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s