Exco Pulau Pinang Dibawa Ke Mahkamah

GEORGE TOWN: Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berkaitan kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Boon Poh dibawa bersama dua lagi individu, masing-masing berusia 70 tahun dan anaknya yang berusia 37 tahun.

Mereka diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiba di mahkamah menaiki tiga kenderaan pada pukul 10.05 pagi, Sabtu.

Ketiga-tiga ditahan antara pukul 3.30 petang dan 6.35 petang Jumaat selepas hadir di ibu pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah.

Terdahulu pada Jumaat pagi, sepasukan lima pegawai SPRM menyerbu pejabat Boon Poh di Komtar dan merampas sejumlah dokumen.

Pada Khamis pula, pegawai SPRM merampas dokumen berkaitan kewujudan kilang di Kampung Sungai Lembu dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Kilang memproses penapis karbon itu telah beroperasi di tanah pertanian bersebelahan ladang kelapa sawit sejak 10 tahun lalu.

Operasi melibatkan kilang haram itu melibatkan pegawai Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s