Salahuddin Ingatkan PKR, Rundingan Dengan PAS Perlu Dirujuk Majlis Presiden PH

AIDCNews -19/08/17 –Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan PKR bahawa parti itu terikat dengan perjanjian bersama Pakatan Harapan (PH) dan sebarang rundingan dengan pihak lain perlu terlebih dahulu dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden PH adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya PH akan dibawa ke mesyuarat Majlis PH untuk dibuat keputusan.

“Itu persetujuan kita capai bersama,” katanya yang ditemui pemberita.

Salahuddin dipercayai merujuk kepada tindakan tiga pimpinan tertinggi PKR iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Dr Shaharuddin Badaruddin yang mengadakan lawatan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu.

Wan Azizah adalah Presiden PH, manakala Azmin pula adalah Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PH.

“Kehadiran Azmin dan Wan Azizah berjumpa dengan Hadi adalah suatu kunjungan biasa. Tidak berlaku di dalam itu apa-apa perundingan atau persetujuan,” ujar Salahuddin.

Sementara itu, Azmin dalam kenyataan terbaharu mengakui PKR masih berusaha untuk memujuk PAS, namun perkara itu dilakukan antara PKR dan PAS tanpa melibatkan PH.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan lagi berkaitan perbincangan dengan PAS…perbincangan kerjasama dengan PAS ini hanya melibatkan PKR sahaja, bukan Pakatan Harapan.

“Ingin saya tegaskan, apa-apa perbincangan dengan PAS setakat ini merupakan inisiatif daripada PKR, ianya tiada kena-mengena dengan Pakatan Harapan.

“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, sebab itu saya katakan inisiatif itu atas kapasiti PKR untuk mengekalkan kerjasama dengan PAS,” katanya.

Advertisements

One thought on “Salahuddin Ingatkan PKR, Rundingan Dengan PAS Perlu Dirujuk Majlis Presiden PH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s