Isyarat William Leong : PKR Perlu Segera Putuskan Isu PAS – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: PKR mesti putuskan bagaimana untuk mendekati isu PAS untuk kali penghabisan, kata seorang pemimpin parti itu.

Mengulas peletakan jawatan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dari biro politik kerana perbincangan antara PKR dan PAS, Naib Presiden Rafizi Ramli memahami kekecewaan wakil rakyat itu.

Rafizi berkata PKR perlu meneroka isu itu secara dalaman, dan Pakatan Harapan harus mencapai suatu keputusan mengenainya.

“Saya menghormati keputusan itu. Kami sudah jangka ia akan berlaku. Malang sekali beliau meletakkan jawatan dari biro kerana keahlian suatu keistimewaan.

“Saya berkongsi pandangannya dari segi PKR buat kali penghabiskan membuat keputusan bagaimana untuk mendekati isu PAS ini.

“Terlalu dekat dengan pilihan raya, dan terlalu banyak pembolehubah yang berkaitan dengan pilihan raya ini sudah berubah,” katanya kepada FMT.

William letak jawatan pada Isnin, tetapi masih ahli PKR dan wakil rakyat Selayang. Beliau bagaimanapun tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.

Rafizi menekankan alasan asas mewajarkan perlawanan 1 lawan 1 dalam memastikan undi kelompok pergi kepada Pakatan Harapan perlu dicabar dan dikaji secara kritis.

Beliau berpandangan tiada jaminan Pakatan Harapan akan memperoleh undi kelompok, walaupun PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan gabungan itu.

Rafizi mengingatkan PAS bukan hak mutlak PH dan berkata sentimen terhadap parti Islamis itu sebenarnya negatif.

“PH sebenarnya berjaya mendapat momentum yang baik dari segi sokongan orang ramai.

“Kita merisikokan momentum itu jika kita dilihat mahu memikat PAS. Malah, kita tidak boleh tangguhkan rundingan kerusi kerana mahu menunggu PAS,” katanya.

Rafizi berkata terlalu banyak ketidakpastian dalam kerjasama dengan PAS, dan kelihatan seperti sebarang kerjasama tidak akan berlaku.

“Walaupun PAS bersetuju, tiada jaminan PH akan setuju. Kalau PKR bersetuju, mereka tidak boleh bersetuju bagi pihak parti PH lain,” katanya.

Beliau menambah kerjasama dengan PAS mungkin akan memecahkan undi pelbagai kumpulan pengundi seperti pengundi Cina, India, pengundi bandar kelas pertengahan, dan penyokong tegar Amanah, PKR dan PAS.

Wong Chen: Pilihan raya boleh dipanggil bila-bila masa

Bagi Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, pilihan raya umum akan datang boleh berlaku bila-bila masa mulai Oktober hingga Mac tahun depan, maka PKR perlu menyatakan pendirian yang jelas mengenai isu PAS sebelum terlewat.

“Kalau tidak ahli kita dan pengundi keseluruhannya akan terkeliru,” katanya kepada FMT.

Beliau menghormati keputusan berprinsip William itu yang tidak mahu dikaitkan dengan keputusan biro politik PKR untuk terus berunding dengan PAS.

“Di Kelana Jaya, saya tidak ada sebarang hubungan kerja dengan PAS sejak ahli Amanah meninggalkan PAS pada 2015. Saya hanya bekerja dengan Amanah sejak itu. Saya tidak bergaduh dengan pemimpin PAS di Kelana Jaya, malah ada antara mereka kawan baik saya,” katanya kepada FMT.

Namun beliau mengingatkan PAS menolak DAP, Amanah dan PKR pada muktamar parti April 2017.

“Tambahan pula, nampak ketara PAS mendekati Umno seperti dalam hal pembentangan rang undang-undang 355. Sekiranya menteri besar Selangor mahu menghabiskan penggal kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, itu prerogatif beliau. Bagaimanapun, saya tidak rasa yang prerogatif itu termasuk bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.”

Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12, manakala Pakatan Harapan merujuk kepada gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

RUU 355 atau usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibentangkan di Dewan Rakyat pada April tahun ini tetapi tidak dibahaskan apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menamatkan sidang Parlimen secara mendadak.

Ahli Parlimen Kelana Jaya percaya sia-sia untuk meneruskan perbincangan dengan PAS di peringkat nasional di bawah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Saya hanya percayakan Tok Guru Nik Aziz,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata William tidak pernah menyatakan bantahan terhadap rundingan antara PKR dan PAS yang dikatakan itu.

Tian berkata William berlaku tidak adil apabila mengatakan ada perbincangan berterusan antara kedua parti.

“Pertama sekali, tidak ada perbincangan berterusan dengan PAS. Kita sentiasa konsisten dan menegaskan kita perlu mencari formula 1 lawan 1 melawan Barisan Nasional.

“Tiada siapa yang ada masalah. Beliau tidak bantah,” katanya.

Sementara itu, langkah William dipuji bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

“Bagus kawanku. Parti kamu hanya mahukan kepuasan segera. Mereka lupa politik ialah perjuangan, bukan Iphone,” katanya di Twitter – FMT

Advertisements

One thought on “Isyarat William Leong : PKR Perlu Segera Putuskan Isu PAS – Rafizi Ramli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s