Aiman Athirah Marah Kaitkan Siti Kassim Dengan Amanah

AIDCNews -12/09/17 –Timbalan Pengarah Biro Pilihan Raya Amanah Nasional, Aiman Athirah al Jundi marah dengan penyebaran gambar perkaitan Siti Kassim dengan Parti Amanah Negara.

“Apa tujuan ambil gambar Siti Kassim dan kaitkan dengan Amanah? Bukankah itu satu percubaan murahan lagi jelik utk terus menyemarakkan kebencian ?

Siti Kassim hanyalah salah seorang daripada peserta program yang tiada kaitan pun dengan penganjur dan penganjuran,”kata Aiman Athirah dalam Facebook Profesional Istiqamah.

Aiman Athirah yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat merujuk kepada gambarnya bersama Siti Kassim dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara Ahad lalu.

“Poster yang ternyata fitnah juga diterima pakai oleh kelompok yang menggelarkan diri mereka istiqomah? What a shame?!

“Prof Istiqomah memang tidak bersama PH kerana mereka adalah salah satu organisasi di bawah PAS. Kelemahan kalian adalah suka mencari-cari alasan sekalipun murahan dan fitnah bagi menjustifikasikan tindakan untuk tidak mahu bersama PH dan seterusnya barangkali lebih suka mempercayai umno?,”katanya lagi.

Namun penafian Aiman Athirah itu dibidas oleh admin Facebook Profesional Istiqamah.

“Gambar-gambar (sokongan kepada LGBT dan Tuntutan Comango) adalah benar yang diambil dari Facebook Rasmi Penganjur Himpunan sendiri, Facebook Comango dan sebahagian dari Facebook peserta Himpunan.

“PAN-PH sewajarnya sampaikan kepada Penganjur agar memastikan tiada penyertaan pihak-pihak yang menyokong tuntutan Comango, LGBT dll. Ada beberapa figure utama penganjur dan peserta yang hadir memang diketahui umum sebelum ini sering negatif terhadap agenda Islam,” bidasnya.

Menurut John Amru Addailami COMANGO adalah singkatan kepada Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

Dedahnya tiga matlamat utama COMANGO adalah:

A) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

B) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

C) Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Wak Jimie menambah Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik adalah kesinambungan perjuangan liberalisme dan feminisme di Malaysia.

“Perhimpunan ‘wanita bantah politik toksik’ yang diadakan 10 September dianggap rentetan kebiadapan golongan liberal memperkecil-kecilkan ajaran serta akidah agama Islam.

“Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, langkah berkenaan akan terus dilakukan sekiranya kerajaan tidak mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

“Menurutnya, tindak tanduk golongan tersebut dalam Pakatan Harapan seolah-olah sudah mendapat restu serta ‘lampu hijau’ daripada agamawan dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang mendakwa membawa Islam sebenar,”katanya.







Advertisements

3 thoughts on “Aiman Athirah Marah Kaitkan Siti Kassim Dengan Amanah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s