Halimah Yacob Dilantik Presiden Singapura Ke-8 Atas Ehsan PAP

AIDCNews -13/09/17 –Selepas 47 tahun akhirnya calon Melayu-Islam kembali dipilih sebagai Presiden Republik Singapura apabila Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu pada Rabu.

Halimah, 63, dipilih sebagai Presiden dalam komposisi penduduk Singapura; 74% Cina, 13% Melayu, 9% India dan selebihnya kategori lain-lain.

Kali terakhir, jawatan Presiden Singapura disandang calon Melayu-Islam pada tahun 1965 apabila Yusof Ishak diisytiharkan sebagai presiden pertama republik itu.

Selepas Yusof, jawatan Presiden Singapura disandang bukan Melayu; Benjamin Henry Sheares (1971-1981), C.V. (Chengara Veetil) Devan Nair (1981-1985), Wee Kim Wee (1985-1993), Ong Teng Cheong (1993-1999), S.R. (Sellapan Ramanathan) Nathan (1999-2011) dan Tony Tan Keng Yam (2011-2017).

Memandangkan calon Melayu-Islam tidak kompetatif dalam masyarakat majoriti bukan Melayu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengusulkan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden yang hanya dikhususkan untuk kumpulan minoriti khususnya Melayu.

Usul Lee itu diluluskan Parlimen Singapura pada 6 Februari 2017.

Pilihan Raya Perkauman

Menurut tremeritus.com, pindaan Akta Pilihan Raya Presiden yang memperuntukkan Melayu terpaksa dibuat Lee untuk menjaga survival PAP, menarik semula sokongan minoriti 13% (Melayu) selepas golongan pengundi majoriti 74% (Cina) mula mempersoalkan polisi-polisi Lee sepertimana yang diisyaratkan dalam Pilihan Raya Umum Singapura pada 2015.

“Kejatuhan PAP telah berlangsung beberapa lama dan ini dapat disahkan oleh keperluan untuk meminda Perlembagaan (Presiden).

“Masa yang terdesak memerlukan langkah-langkah terdesak.

“Walaupun Piliharaya Presiden mengancam perpaduan negara dan keharmonian kaum, namun demi kepentingan survival parti, PAP tidak mempunyai pilihan.

“Sekiranya calon bukan sahabat PAP dipilih sebagai presiden dan menuntut pendedahan yang betul lebih daripada $ 500 bilion dalam pelaburan menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan rizab kami, semua neraka akan terputus untuk PAP,”kata Philip Ang yang menyifatkan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden itu berunsurkan perkauman.

Penulis mendakwa untuk menjamin survival politik, Kerajaan PAP Singapura pimpinan Lee dan bapanya, Lee Kuan Yew telah menyembunyikan maklumat material yang berada dalam domain awam selama beberapa dekad daripada pengetahuan umum.

“Pilihan Raya Presiden perkauman membolehkan PAP melindungi elit PAP yang bergantung sepenuhnya kepada pembayar cukai untuk kelangsungan hidup mereka. Sekiranya PAP kalah, ribuan lintah … tidak akan bertahan pada hari yang lain.

“Sehingga hari ini, Temasek telah membuat banyak tuntutan kembali yang tidak masuk akal yang tidak disokong oleh pendedahan yang tepat.

“Selama puluhan tahun, ada ribuan soalan yang tidak terjawab. Tiada apa-apa yang salah dengan pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan rizab kami? Benar?

“PAP telah dipaksa untuk mengambil perjudian terbesar dengan meminda Perlembagaan: Ia kini berganda atau berhenti.

“Tanpa Pilihan Raya Presiden perkauman, adakah ada alternatif lain untuk ‘memilih’ seorang presiden mesra PAP yang bersedia untuk diam dalam pengurusan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan rizab negara?,”soalnya.

Pertikaian Status Melayu Halimah

Kecenderungan Lee untuk Halimah sudah dapat dihidu oleh orang ramai sejak Februari lalu apabila Halimah yang juga Speaker parlimen disebut sebagai ‘Puan Presiden’.

Semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden Singapura (Pindaan), Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing tersasul dan menyapa Halimah sebagai “Puan Presiden” dan bukannya “Puan Speaker”.

Kejadian itu berulang 2 kali, dan mendapat respons menggalakkan di kalangan ahli Parlimen dan selepas itu ia menjadi tular di internet dengan ada warga internet yang membalasnya dengan tajuk “Rakyat Singapura mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana menjadi presiden yang baharu”.

Halimah merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC) PAP yang dipimpin Lee selaku Setiausaha Agung PAP.

Ketika nama Halimah disebut sebagai calon Melayu untuk jawatan Presiden, asal usul keturunannya mula dipertikai.

Laman The Independent mendedahkan laman wikipedia Halimah disunting semula dengan membuang asal usul berketurunan India.

Menurut laman itu, jika Halimah yang berketurunan India boleh bertanding jawatan Presiden, maka Cina Muslim juga boleh bertanding jawatan yang sama.

Namun semua isu asal usul Halimah ditolak apabila Pegawai Pilihan Raya Presiden Ng Wai Choong membuat pengisytiharan bahawa beliau layak dan diisytiharkan sebagai Presiden pada 13 September.

Dua lagi calon yang ingin bertanding, kedua-duanya ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan tidak berjaya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan untuk sektor swasta.

Bagi sektor awam, Halimah memenuhi kriteria memegang jawatan dalam sektor itu sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Speaker Parlimen.

Memandangkan Halimah satu-satunya calon yang berjaya, ini bermakna 2,516,608 pengundi Singapura tidak perlu mengundi pada Hari Pengundian yang dijadualkan pada 23 Sept ini.

Advertisements

One thought on “Halimah Yacob Dilantik Presiden Singapura Ke-8 Atas Ehsan PAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s