PAS Nafi Benarkan Rundingan Dengan PKR-PPBM Di Peringkat Akar Umbi

AIDCNews -13/09/17 –PAS menafikan memberi kebenaran untuk meneruskan rundingan dengan PKR dan PPBM di peringkat akar umbi dalam soal pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penafian itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS pusat, Dr Daeng Sanusi Mariok.

Menurutnya, beliau sendiri hadir ke mesyuarat permukiman pimpinan tertinggi parti di Pulau Pangkor, Perak minggu lalu dan menegaskan tiada kata putus berkenaan perkara tersebut.

“Maklumat itu tidak betul, sedangkan saya sendiri hadir ke mesyuarat itu, dan tidak ada perbincangan berupa itu.

“Itu sekadar persepsi atau spekulasi. Hal itu tidak berbangkit,” katanya ringkas kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan laporan The Malaysian Insight, yang melaporkan pucuk pimpinan tertinggi parti Islam itu mengizinkan rundingan diteruskan dengan PKR dan PPBM di peringkat akar umbi dalam satu Permukiman pada 5 hingga 8 September yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am Ustaz Hashim Jasin dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam satu sumber yang tidak dinamakan, portal itu melaporkan PAS membenarkan pemimpinnya di peringkat kawasan dan negeri untuk meneruskan rundingan pembahagian kerusi dengan parti pembangkang PKR dan PPBM sebagai persiapan menuju PRU 14.

Walau bagaimanapun, rundingan itu hanya dengan PKR dan PPBM dan tidak akan mengikat sebarang pertalian dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai kedua-dua parti tersebut.

“Misalnya, PAS Kedah mahu berbincang dengan Bersatu di negeri itu, permukiman ini membenarkannya.

“Keputusan itu disokong penuh oleh peserta permukiman,” kata sumber itu.

Majlis Presiden PH dua minggu lalu sepakat memutuskan menutup pintu rundingan dengan PAS ketika PKR berusaha mewujudkan kerjasama dengan parti Islam itu sekurang-kurangnya di Selangor.

Keputusan PH itu dimeterai oleh pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan wakil setiap parti komponen terdiri daripada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Majlis Presiden PH itu juga mengumumkan sedang berusaha merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan pimpinan PAS di tiga negeri – Kelantan, Selangor dan Kedah – memohon kebenaran daripada PAS Pusat untuk membenarkan mereka bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun, Pesuruhjaya PAS di ketiga-tiga negeri yang dinamakan portal itu menafikan dakwaan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s