Pemimpin PKR Dedah Sifat Sebenar Rafizi Ramli

Mynation News – Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya menyifatkan Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli sebagai individu yang suka berbohong apabila memutarbelit pelbagai fakta mengenai Langkah Kajang dan perpecahan dalam PKR.

Menurut Latheefa menerusi status dimuatnaik di Facebook miliknya, turut menyindir Rafizi yang digambarkan akan memutarbelit kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kesian, sehari semalam dia pikir macam mana nak bagi spin (putarbelit) kepada kenyataan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Hahaha, last2 (akhirnya) kuar cerita dongeng,” tulis Latheefa merujuk kepada pendedahannya terhadap sikap sebenar Rafizi.

Latheefa mendedahkan Rafizi adalah sebab utama Langkah Kajang adalah bagi menghalang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dari mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor.

Melalui status Latheefa yang juga peguam kepada Anwar, beliau berkata adalah salah untuk Rafizi menuding jari dan menyalahkan orang lain walhal dia (Rafizi) adalah arkitek kepada kegagalan Langkah Kajang.

“Kenapa Langkah Kajang berlaku? Kerana dia (Rafizi) mahu memastikan Azmin Ali yang ketika itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri tidak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Kita sebenarnya boleh mengelak kegagalan dan kekecohan itu disebabkan Langkah Kajang dan Anwar akan masih bersama kita pada hari ini. Jika tidak kerana Langkah Kajang (perpecahan tidak akan berlaku),” katanya.

Rafizi sebelum ini dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan telah membantu menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Latheefa bagaimanapun menafikan pembohongan Rafizi itu.

“Pada ketika itu, Ambiga telah mengkritik Langkah Kajang dan bertegas membantahnya. Rafizi kemudian berpura-pura meminta maaf secara terbuka dan mendakwa dia akan memberi penjelasan kepada masyarakat.

“Kini, nadanya sudah berubah. Dia kini bagai seorang pembohong licik menuduh kononnya Ambiga turut memberikannya beberapa dokumen, memberi gambaran kononnya Ambiga turut terlibat dalam menggulingkan Khalid Ibrahim, walhal hakikatnya dia tahu Ambiga tak pernah terlibat mahupun mana-mana pihak luar terlibat dalam Langkah Kajang cetusan ideanya sendiri,” kata Latheefa.

Latheefa turut mendedahkan Rafizi tidak pernah memberi pertimbangan akibat dari Langkah Kajang itu, malah perbualannya dengan Rafizi selepas satu forum awam pada Februari 2014 mendedahkan kelemahan pada perancangan Rafizi itu.

“Selepas forum itu, kami ke Bangsar untuk minum teh. Di situ saya bertanya kepadanya, hey apa akan jadi jika Anwar disabitkan (kerana pada masa itu, rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar masih lagi menunggu untuk penetapan pengurusan kes).

“Anda tahu apa jawapannya? Opps! Saya tidak pernah terfikir!” Adakah dia akan menafikan dia berkata begitu kepada saya? soal Latheefa.

Latheefa turut membidas Rafizi yang didakwanya mempergunakan beberapa individu untuk kepentingan dirinya sendiri dengan memberi wang dan memberi gambaran kononnya mereka adalah penting.

Selain itu, Latheefa turut mendedahkan Rafizi memberikan kenyataan kononnya sebagai eksklusif namun sebenarnya adalah palsu.

“Media akan diberi versi dia dalam Whatsapp group khas dengan dia. Diaorang (wartawan) ingat dapat eksklusif tapi sebenarnya palsu,” dedah Latheefa.

Portal pro DAP seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan Malaysia Insight sering memberi ruang khas kepada Rafizi memberi kenyataan dan difahamkan mereka turut dikatakan berada di dalam grup aplikasi telefon pintar, Whatsapp yang dimaksudkan Latheefa.

Mengenai kutipan wang yang dilakukan Rafizi menggunakan sebuah syarikat dan bukannya PKR – Invoke Solutions Sdn Bhd, Latheefa berkata Rafizi menjaja cerita kononnya akan ke penjara dan simpati ini menyebabkan orang ramai menyumbang wang kepadanya.
“Orang bersangka baik bagi duit – dia menjual cerita konon dia sorang pi penjara – padahal dia tak bayar apa2 kat mana2 peguam,” tulis Latheefa.

My Nation News Malaysia sebelum ini pernah mendedahkan struktur syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd yang mengutip wang dari orang ramai dan ia dikatakan tidak disalurkan ke tabung parti.

Malah, semakan di Pendaftar Syarikat Malaysia mendapati, Rafizi adalah pemegang saham terbesar syarikat itu yang menyenaraikan aktiviti perniagaannya sebagai menganjurkan acara.

Rafizi kini masih lagi berdepan dengan beberapa kes mahkamah termasuk saman fitnah terhadapnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s