Rev Dr Sivin Kit : Paderi Akui Pengundi Kristian Di Belakang Pakatan Harapan – Dr Kamarul

Saya pernah bertembung dengan Rev Dr Sivin Kit, atau nama penuhnya Sivin Kit Hsiao Ming, di dalam satu forum anjuran G25, “Islam in a Constitutional Democracy”, beserta pelancaran buku G25 bertajuk “Breaking The Silence: Voices Of Moderation” di Bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur, pada 5 dan 6 Disember 2015.

Bagaimanapun, saya tidak ambil pusing mengenai beliau kerana belum mengenali beliau.

Minat saya terhadap Rev Dr Sivin Kit mula muncul selepas portal berita Menara memuatkan empat berita mengenai beliau tahun ini, bertajuk “‘Humanity’ Anutan Kami – KMU” pada 31 Mei, “Iman Tidak Rosak Jika Berniat Puasa Kerana Malaysia – Pastor Sivin Kit” pada 17 Jun, “Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan-Maszlee Malik” pada 11 Julai dan “Pastor Tajaan Jabatan Mufti Perlis, Kongsi Bible Kalimah Allah” pada 16 September.

Saya tertanya-tanya di mana lebihnya Rev Dr Sivin Kit sehingga beliau telah dijemput khas oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, untuk bercakap bersama beliau di dalam forum bertajuk “Dialog Antara Agama: Teks Agama Tentang Keharmonian Hidup Antara Manusia” yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis dan Majlis Agama Islam Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar, pada 15 September?

Mengikut keterangan yang diberikan oleh Rev Dr Sivin Kit sendiri, beliau adalah Paderi di Bangsar Lutheran Church (The Father’s House), Kuala Lumpur, selain merupakan seorang pensyarah sepenuh masa di Seminari Theoloji Malaysia, Seremban, merangkap Pengarah Pusat Agama dan Masyarakat di Seminari Theoloji Malaysia, Seremban, semenjak bulan Januari 2015, iaitu setelah beliau menamatkan pengajian kedoktoran beliau pada 2014.

Jika dilihat kepada aktiviti-aktiviti yang dipaparkan di laman Facebook beliau, ternyata, melalui kedudukan beliau di Seminari Theoloji Malaysia ini, Rev Dr Sivin Kit begitu aktif sekali melibatkan diri dengan masyarakat Islam, termasuk dengan menjadi tetamu kepada beberapa kumpulan pelajar Islam dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) pada 29 dan 31 Mac lalu.

Tajuk tesis sarjana yang beliau hasilkan pada 2010 di Seminari Theoloji Malaysia dan tajuk tesis kedoktoran yang beliau hasilkan pada 2014 di University of Agder, Norway, iaitu “A Trinitarian Public Theology: Malaysian Churches and Civil Society” dan “Transforming Solidarity: Social Discourses around the ‘Allah’ Controversy in Malaysian New Media (2007-2014)” memperlihatkan minat kuat Rev Dr Sivin Kit kepada politik.

Semakan mendapati bahawa, menjelang Pilihan Raya Umum 2008, Rev Dr Sivin Kit pernah mencadangkan supaya gereja, pemimpin gereja dan paderi memainkan peranan yang lebih proaktif di dalam pilihan raya dan proses demokratik di negara kita. Kata beliau pada waktu itu: “I think it is high time for churches, church leaders and pastors to discover a more proactive role when it comes to the elections and the democratic process in our country”.

Di dalam satu rakaman wawancara pada 2012 pula, Rev Dr Sivin Kit telah diperkenalkan sebagai seorang paderi tersohor (a prominent pastor) yang sangat terlibat aktif dalam politik (very politically active), dan ini telah diakui oleh beliau yang menyebut bahawa bukan setakat beliau sahaja, malah ramai lagi pemimpin Kristian termasuk paderi, yang melibatkan diri sebagai agen pengundian dan pembilangan undi di dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Rev Dr Sivin Kit juga bersetuju bahawa penganut Kristian, khasnya di Semenanjung Malaysia, anti Barisan dan akan mengundi Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2013, sambil menyebut mengenai bahan sembahyang mereka (their prayer items) bercakap mengenai perubahan (praying for change) dan mengenai pertambahan bilangan mereka yang terlibat di dalam Himpunan Bersih, termasuk paderi (pastors, with their acolytes or priests or nuns).

Rev Dr Sivin Kit juga mencadangkan kepada gereja, termasuk pertubuhan gereja seperti the Christian Federation of Malaysia (CFM), the Council of Churches Malaysia (CCM) dan the National Evangelical Christian Fellowship (NECF), supaya bukan setakat menganjurkan program bagi menimbulkan kesedaran berpolitik di kalangan penganut Kristian, tetapi perlu pergi lebih jauh lagi dengan memberikan latihan agen pengundian dan pembilangan undi.

Dengan latar belakang Rev Dr Sivin Kit yang sebegini rupa, apatah lagi dengan beberapa kenyataan dan perlakuan kontroversi yang pernah beliau beri dan buat, saya boleh memahami mengapa portal berita Menara memberikan perhatian khusus kepada aktiviti beliau. Memahami naluri mereka yang berminat dengan dunia politik, walau naluri ini tidak diserlahkan sekalipun, tidak dapat tidak agenda politik akan tetap ada dalam diri mereka.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

3 thoughts on “Rev Dr Sivin Kit : Paderi Akui Pengundi Kristian Di Belakang Pakatan Harapan – Dr Kamarul

  1. Mufti perlis adalah antara dalang liberalisasi umat Islam. Dia saja jemput paderi ini konon paderi ini paderi pakatan harapan tetapi dia tak sangka bahawa dia membuka pintu kerosakan umat. Inilah masalah org bodoh menyangka dirinya pandai. Mohon Tuanku Raja Perlis tamatkan kontrak mufti ini cepat2 supaya terselamat Malaysia dari tangan perosak umat yang gila glamour ini.

    Like

  2. Langkah pemimpin- pimpinan gereja dan pertubuhan bertunjangkan Kristian di Malaysia semakin besar langkahnya. Diberi pula laluan oleh ahli politik Islam, disedari atau tidak ia menjadikan tiket mereka utk mengembangkan agenda dan meracuni fikiran rakyat, dan seterusnya menguasai negara. Ada ahli politik beragama Islam yg sanggup menjadi proksi dan dicengkam tengkuk nya!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s