Chegubard Desak Sivarasa Jawab Tuduhan Anak Saudaranya ‘Kaki Paw’ Komisen Kontraktor

AIDCNews -22/09/17 –Ahli seumur hidup PKR yang dipecat keahlian, Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) mendesak Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah menjawab tuduhan yang mendakwa anak saudaranya ‘seorang kaki paw’, iaitu mengutip komisen daripada kontraktor-konraktor yang berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Anak saudara dimaksudkan itu adalah Naveen Kularasan yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Sivarasa sendiri.

Sivarasa, selain merupakan Ahli Parlimen Subang, beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang, syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.

“Pegawai ni juga kalau tak salah saya merupakan saudara Ahli Parlimen Subang …. dia juga pernah terkait tuduhan kutip komisyen kontraktor…

“Mohon penjelasan (daripada) Ahli Parlimen PKR Subang ni..,” kata CheguBard dalam Facebook.

CheguBard berkata demikian sebagai mengulas laporan Berita Harian yang bertajuk “Setiausaha politik antara 3 ditahan SPRM”

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen itu.

Setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Penahanan dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan berjumlah RM20,000.

Menurut sumber, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari ini.

Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi esok.

Advertisements

One thought on “Chegubard Desak Sivarasa Jawab Tuduhan Anak Saudaranya ‘Kaki Paw’ Komisen Kontraktor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s