Tiga Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah Ditahan SPRM

AIDCNews -22/09/17 –Setiausaha politik dan dua orang kakitangan Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan direman 4 hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung rasuah membabitkan RM20,000 berkaitan urusan imigresen.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman kira-kira 12 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Tiga kakitangan Sivarasa yang bekerja di pusat khidmatnya di Kota Damansara adalah Joshua Kalaiselvan, Nico Cam dan Setiausaha Politiknya, Naveen Kularasan.

Sivarasa dan peguam Eric Paulsen turut hadir di IPD Dang Wangi mengiringi tiga kakitangannya yang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Setiausaha politik Sivarasa yang juga anak saudaranya berusia 45 tahun ditahan beberapa jam selepas SPRM menahan pembantu peribadi dan keraninya di sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.

Sivarasa menyifatkan penahanan itu tidak masuk akal dan menafikan tiga kakitangannya menerima rasuah.

“Staf saya bukan pegawai imigresen. Dia tiada kuasa, macam mana dia nak minta rasuah supaya siasatan yang dijalankan imigresen ditutup.

“Saya minta mereka disiasat secara profesional. Jangan dipengaruhi mana-mana keputusan politik dan mempercepatkan siasatan supaya staf saya tidak dianiaya di dalam lokap.

“Mereka ditangkap dan diletakkan dalam lokap juga bagi saya satu penindasan. Malah, staf saya juga sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada wartawan di luar IPD Dang Wangi.

Menurut SPRM, ketiga-tiga mereka direman kerana menerima aduan berkenaan penyelewengan urusan pekerja asing.

“Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

“Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen,”kenyataan SPRM dipetik.

Advertisements

2 thoughts on “Tiga Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah Ditahan SPRM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s