Lim Kit Siang Memang Bercita-cita Mahu Jadi PM

1. Lim Kit Siang tidak perlu terus menafikan dia menyimpan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri Malaysia sejak dia mula menceburi politik dan bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1969.

2. Cita-cita Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang PRU 14. Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya merupakan alat politik Lim Kit Siang untuk meraih undi orang-orang Melayu. Ini adalah strategi licik politik DAP; iaitu menggunakan pemimpin Melayu sendiri untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu seperti yang dikatakan oleh Superman Hew Kuan Yew.

3. Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara manakala Tun Dr Mahathir bukan seorang Ahli Parlimen. Kedua-duanya tidak boleh jadi calon Perdana Menteri. Sehingga hari ini Tun Dr Mahathir belum punya kawasan Parlimen untuk bertanding pada PRU 14. Tun Dr Mahathir hanya syok sendiri sahaja apabila dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan sedangkan beliau tidak punyai kerusi Parlimen.

4. Hampir pasti DAP akan mendapat jumlah kerusi paling banyak untuk ditandingi pada PRU14 nanti berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan. Kerusi-kerusi yang dulunya ditandingi oleh PAS akan dituntut oleh PAN dan perlu diberi sebahagiannya juga kepada PPBM. Begitu juga “kerusi milik PKR” perlu dikongsi dengan PPBM. Adakah pemimpin utama DAP itu akan menolak jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU-14 dalam keadaan DAP menang paling banyak kerusi pada PRU14?

5. Kita semua jangan terpedaya dengan muslihat licik politik Lim Kit Siang yang ternyata tidak akan sama sekali melepaskan kuasa politik dan jawatan jika diberi peluang. Lim Kit Siang telah terbukti seorang diktator; selama 52 tahun dia berkuasa dalam DAP dan semua yang orang yang tidak sehaluan dengan dia telah disingkirkan dari DAP.

Terima kasih.

Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Pulau Pinang

Advertisements

One thought on “Lim Kit Siang Memang Bercita-cita Mahu Jadi PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s