Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus menimbulkan persoalan memandangkan sistem percukaian yang telah dilaksana di 160 negara itu merupakan mekanisme terbaik bagi mengelakkan ketirisan serta penipuan cukai.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pemansuhan GST yang disifatkan tidak realistik juga hanya akan menyebabkan ‘ekonomi gelap’ kembali kerana sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mempunyai kelemahan dari aspek tersebut.

Sedangkan katanya, pelaksanaan sistem GST lebih telus berikutan setiap perniagaan perlu berdaftar dan membayar cukai melalui data yang disediakan.

“Tiada pihak yang terlepas daripada pelaksanaan GST dan cukai yang dikenakan sebenarnya kembali kepada rakyat di samping boleh mengimbangi hasil kerajaan. Jadi mengapa pula pembangkang mahu menghapuskan satu sistem yang begitu cekap?

“Saya tidak faham kenapa pembangkang ingin meneruskan ekonomi gelap kecuali mungkin ada parti tertentu yang mahu melindungi peniaga yang tidak bertanggungjawab,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Pakatan Harapan diketuai DAP dalam manifestonya mahu menghapuskan GST sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam melahirkan rasa hairan dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu kembali kepada SST kerana sistem percukaian itu mempunyai banyak kelemahan terutama dapat menggalakkan ‘ekonomi gelap’ menerusi penipuan.- UTUSAN ONLINE

Advertisements

2 thoughts on “Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?

  1. Pemimpin Pakatan adalah individu politik totok,mereka hanya tahu berpolitik dan tidak tahu perkara lain selain politik.Semua perkara misti dipolitikian,biarkan ianya mendatangkan keburukan kepada negara asalkan dari segi politik nampak macam mereka menawarkan sesuatu yg baik utk politik mereka.Lihat saja pada Mahathir,selepas menjadi PM selam 22 tahun ,dia mahu menjadi PM utk kali kedua,apa yg dia mahu tawarkan kepada rakyat dan negara?.Mudah saja ,hanya berlawanan dgn apa yg dia lakukan selamam 22 tahu dulu serta toalak saja apa yg kerajaan sekarang lakukan.Kalau dulu dia tak mahu Anwar jadi PM ,sekarang dia mahukan Anwar sebagai PM selepas dia.Dulu dia gunakan ISA dan marah bila PM Najib mansuhkan ISA,sekarang dia pun kononnya tak mahu ISA dan nak bebaskan media.Apa yg Mahahtir janji sekarang ,budak sekolah pun boleh jadi calun PM dan buat janji yg sama seperti Mahathir.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s