PAS Umum Ustaz Afnan Lawan Wan Azizah Di Parlimen Permatang Pauh

AIDCNews -16/04/18 –Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencabar untuk Parlimen Permatang Pauh, yang disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Ustaz Afnan, yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, anak kepada bekas imam besar Masjid Negara Datuk Taib Azamudden Mohd Taib, diumumkan sebagai calon di markas PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya berkata PAS meletakkan ustaz Afnan sebagai calon Parlimen Permatang Pauh sebagai tindak balas kesungguhan PKR bersama Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan parti Islam dalam arena politik.

“Permatang Pauh ini ada sejarahnya..kalau dulu pada tahun 1982 (ada) kerjasama (Tun) Mahathir dengan Anwar (Ibrahim) untuk lawan PAS di Permatang Pauh menyebabkan kerusi yang kita (PAS) menang iaitu Almarhum Haji Zabidi Ali, Ahli Parlimen di sini (ditewaskan)..1974, 1978, kita (PAS) menang di sini.

“Masa itu (1982) Pakatan Tun Mahathir dengan Anwar untuk lawan PAS.

“Hari ini mereka (Tun Mahathir dan Anwar) berpakat sekali lagi untuk lawan PAS, maka kita (PAS) jadikan medan Permatang Pauh untuk lawan dulu,”kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof berkata pada PRU kali ini parti Islam berazam mahu mengurangkan “dominasi” DAP di peringkat negeri.

“Sebelum ini kita bertanding di 5 DUN dan menang 1. Kita merancang untuk bertanding 18 kerusi pada pilihan raya nanti, bersama-sama Gagasan Sejahtera.

“Kami kemudian membuat keputusan untuk bertanding 21 kerusi atau majoriti mudah untuk tolak dominasi DAP,” katanya.

Advertisements

4 thoughts on “PAS Umum Ustaz Afnan Lawan Wan Azizah Di Parlimen Permatang Pauh

  1. Kalah pun tak apa asalkan usaha kita memberi kesan negetif kepada musuh Islam dan org Melayu.Sokong lah PAS utk kalahkan WA dan PKR nya.Puak Azmin di PPauh tentu sudi membantu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s